Ahad, 19 Jun 2011

selamat hari bapa buat abahku Abd Samat bin Muda

Assalamualaikum...

Hari ini... 19/6/2011..
hampir 19 tahun 5 bulan eda kehilangan seorang insan yang paling eda sayang..
iaitu seorang insan yang telah meninggalkan eda sewaktu bermur 2 tahun.. (masih kecil kan)
seorang insan yang eda bermadu kasih sayang hanya selama 2 tahun..
seorang insan yang berada disamping eda hanya selama 2 tahun
seorang insan yang digelar sebagai seorang ayah di dalam hidup eda..
tapi eda lebih mengelarnya ABAH..

abah meninggalkan eda dan adik beradik kerana terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada 1/11/1992 pada pukul 9.15p.m sewaktu berumur 27tahun iaitu sewaktu balik daripada menonton pertandingan bola sepak yang berlansung di stadium kuantan dan untuk membeli hadiah untuk eda untuk harijadi eda iaitu pada 14/8..sewaktu itu mak eda tengah mengandungkan adik eda...tapi eda bersyukur kerana dapat bersama dengan abah walaupon sementara meskipon tidak ada kenangannya dalam ingatan ini..tapi satu je cerita yang eda masih ingat sampai sekarang iaitu kisah yang dicerita oleh mak iaitu eda pernah terjaga dari tidur dan pergi seperti untuk memanjat dinding..mak cakap mungkin eda nampak arwah abah waktu itu dan nak abah dukung eda..ada benar gak kan..budak kecil..semua boleh nampak meskipon tidak melalui mata kasar seorang dewasa..eda percaya abah tidak pernah meninggalkan kami..dia sentiasa bersama kami sampai sekarang..

eda telah kehilanganya sehingga akhir ayat eda..
eda tak kan dapat bertemu dengan abah lagi..
walaupon eda tak dapat nak mengenali abah..
walaupon eda tidak dapat membayangi rupa abah..
tapi ketahui lah bahawa..
eda amat menyayangi abah..
eda amat merindui abah..
eda amat mencintai abah..
abah akan selalu berada di ingatan dan dalam hidup eda selamanya..

selamat hari bapa buat abahku Abd samat bin muda



al-fatihah
kepada
Abd samat bin muda




p/s : maaf eda xboleh nak pamerkan gambar abah eda..